Pencegahan dan rawatan Demam Zika

Pencegahan penyakit ini melibatkan pengurangan gigitan nyamuk di kawasan yang penyakit ini tercetus. [4] Usaha pencegahan termasuk penggunaan penghalau serangga, menutup sebahagian besar badan dengan pakaian, kelambu, dan memastikan tiada air bertakung kerana ia menjadi tempat pembiakan nyamuk.[1] Tiada vaksin yang berkesan.[4] Pegawai kesihatan Brazil mengesyorkan pada tahun 2015 supaya ibu bapa menangguhkan kehamilan disebabkan wabak ini dan adalah disarankan kepada wanita yang hamil tidak berkunjung ke kawasan tempat wabak ini sedang menular.[5][4] Walaupun tiada rawatan yang khusus, paracetamol (acetaminophen) dapat membantu melegakan simptom.[4] Kemasukan ke hospital sangat jarang diperlukan.[2]

Rujukan

WikiPedia: Demam Zika http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.cnn.com/2015/12/23/health/brazil-zika-p... http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S11987... http://ecdc.europa.eu/en/healthtopics/zika_virus_i... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22389730 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24909208 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26832396 http://www.who.int/mediacentre/factsheets/zika/en/ http://www.who.int/mediacentre/news/statements/201... http://www3.who.int/icd/currentversion/ga.htm#a069